PUSAT KEGIATAN GURU BANDAR RAUB

Sejarah Penubuhan

Laman Utama
Sejarah Penubuhan
Piagam Pelanggan
Organisasi
Fungsi PKG
Perkhidmatan Kami
Sekolah Ahli
Berita dan Aktiviti PKG

 
Pusat Kegiatan Guru Bandar Raub merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan perlaksanaan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 
       Pusat Kegiatan Guru Bandar Raub adalah salah sebuah Pusat Kegiatan Guru berbangunan dalam daerah Raub. PKG ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Raub, kira-kira satu kilometer sahaja dari bandar Raub.
      
       Penubuhan PKG Bandar Raub adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan berasaskan teknologi pendidikan kepada sekolah-sekolah yang terletak dalam kawasan Raub.
 
       Sekolah ahli PKG Bandar Raub ialah sebanyak 24 buah sekolah meliputi 7 buah sekolah menengah kebangsaan, 7 buah sekolah kebangsaan, 8 buah sekolah jenis kebangsaan cina dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan tamil. Sepanjang penubuhannya hingga kini, PKG Bandar Raub telah banyak memberi sumbangan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah ahli dan masyarakat setempat.

" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari "