PUSAT KEGIATAN GURU BANDAR RAUB

Laman Utama
Sejarah Penubuhan
Piagam Pelanggan
Organisasi
Fungsi PKG
Perkhidmatan Kami
Sekolah Ahli
Berita dan Aktiviti PKG

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH RAUB
27600 RAUB, PAHANG
TEL   : 09-3554403
FAKS: 09-3552981

zulhisham.jpg

Selamat Datang!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya selaku Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 PKG Bandar Raub dengan kerjasama pegawai serta kakitangan PKG dan semua sekolah ahli berjaya membina laman web PKG Bandar Raub dalam tahun 2008.

 

Umum mengetahui, perkembangan teknologi maklumat dan arus globalisasi menjadikan dunia pendidikan semakin mencabar kerana perkembangan ini secara langsung akan memberi kesan terhadap aspek pemerolehan pembelajaran. Dengan adanya perkembangan yang positif, pantas dan berilmu pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat, sistem pendidikan di negara kita telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepesatan perkembangan ICT ini. 

 

Justeru, setiap daripada kita mahu atau pun tidak pasti akan terlibat sama dalam arus ledakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini. Dalam konteks pendidikan di negara kita, cabaran utama yang perlu di atasi dan di beri penekanan ialah cabaran dalam aspek mengakses, mengaplikasi, membudaya dan membuat penyelidikan agar segala inovasi dalam bidang tersebut dapat dijadikan sumber serta dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

 

Oleh itu, harapan saya agar dengan terbinanya laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita amnya dan kepada warga pendidik khususnya dalam meningkatkan  mutu pendidikan selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara.

 

 

'Institusi Milik Guru, Oleh Guru dan Untuk Guru'

" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari "